Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Bungai Ngerembai Angkat Martabat Filem Moden Iban

By 28 Disember 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Salleh Immun (Sarawak)

KUCHING, 28 Dis (Malaysiaaktif) – Industri filem negara menyambut baik penghasilan sebuah filem moden Iban bertajuk “Bunga Ngerembai” yang sedang giat dilaksanakan pengambarannya di beberapa lokasi sekitar Kuching.

Menteri Kerja Raya Baru Bian, ketika turut sama hadir dalam sidang media filem tersebut cukup teruja dengan penghasilan filem etnik sebegini.

“Saya menyeru agar lebih banyak syarikat-syarikat korporat di negeri Sarawak ini dapat menyumbang idea, kewangan dan tenaga bagi menghasilkan filem-filem yang bermutu dan setanding dengan filem-filem sedia ada sekarang.

“Selain itu, jika kita semua berganding bahu dan betul-betul serius dalam usaha memajukan filem etnik ini maka tidak mustahil satu hari nanti filem keluaran rakyat Sarawak berjaya menembusi pasaran global,” katanya.

Pada Sidang Media tersebut, Baru Bian merakamkan terima kasih atas usaha yang dimainkan oleh Datuk Robin selaku Pengarah Filem Bunga Ngerembai dan penglibatan Vincent Chen serta Chong Chi Tung (pengeluar filem dari Negara China) yang akan membawa filem ini untuk ditayangkan di negara China apabila siap kelak.

Pelakon utama Bunga Ngerembai dari kiri Jessy Nana, Rubin Gomes dan Sylvia William menzahirkan keterujaan terlibat filem etnik seumpama ini.

Pelakon utama ‘Bunga Ngerembai” dari kiri Jessy Nana, Rubin Gomes dan Sylvia William menzahirkan keterujaan pertama kali terlibat filem etnik seumpama ini.

“Saya amat berharap agar lebih banyak filem etnik yang berasaskan kebudayaan, bahasa tempatan dan tradisi masyarakat Sarawak diketengahkan dalam filem agar seluruh dunia mengenali Sarawak secara umumnya.

“Filem ini adalah hadiah Gawai Dayak 2020 yang begitu istimewa buat penduduk Sarawak dan Negeri Sarawak amnya serta seluruh masyarakat Dayak apabila ditayangkan Mei 2020 kelak,” tambahnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Syarikat Telbina Sdn. Bhd. Jerriface Mason, berkata syarikatnya mengambil insiatif untuk menghasilkan sebuah filem yang menjurus kepada perfileman etnik yang secara langsung mengangkat sejarah, kebudayaan dan kontemporari Etnik Sarawak secara keseluruhannya.

“Para pelakon utama yang terlibat dalam menghasilkan filem ini merupakan anak jati kelahiran negeri ini dan mereka fasih berbahasa Iban dan ini memudahkan lagi penghasilan filem “Bunga Ngerembai” ini,” katanya.

Filem bergenre aksi komedi lakonan Sylvia William, Jessy Nana, Rubin Gomes dan ramai lagi anak tempatan ini kini sudah mencapai tahap 40 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada awal Mei 2020.

-SH

Tinggalkan komen anda