Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

RM400,000 Diperuntukan Untuk Kos Persekolahan Anak-Anak Mangsa Banjir

By 28 Disember 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Norhasliza Hamzah, Nor Sofian Abdul Manan/Khairul Hadi Mahat (Segamat)

SEGAMAT, 28 Dis (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Johor memperuntukan kira-kira RM400,000 untuk menampung kos perbelanjaan persekolahan pelajar-pelajar sekolah yang terjejas akibat banjir di negeri Johor baru-baru ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata jumlah keseluruhan penerima bantuan bagi program ‘Jom Kembali Ke Sekolah’ adalah seramai 1,272 orang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

Penyampaian keperluan persekolahan oleh Menteri Besar Johor kepada pelajar sekolah yang terjejas akibat banjir di negeri Johor.

Penyampaian keperluan persekolahan oleh Menteri Besar Johor kepada pelajar sekolah yang terjejas akibat banjir di negeri Johor.

Tambah beliau, program ini dirangka bagi membantu meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir di seluruh negeri ini, terutama keluarga yang mempunyai anak-anak atau tanggungan yang masih bersekolah.

“Kini, keseluruhan Pusat Penempatan Sementara (PPS) di setiap daerah yang dinaiki air telah ditutup selepas mangsa-mangsa banjir dibenarkan untuk pulang ke kediaman masing-masing oleh pihak berkuasa berikutan situasi telah kembali pulih kecuali daerah Segamat.

Dr. Sahruddin membuat lawatan ke PPS Balai Raya Kampung Tandong, Buloh Kasap selepas merasmikan program ‘Jom Kembali Ke Sekolah’ .

Dr. Sahruddin membuat lawatan ke PPS Balai Raya Kampung Tandong, Buloh Kasap selepas merasmikan program ‘Jom Kembali Ke Sekolah’ .

“Oleh itu, saya mendoakan agar situasi di daerah Segamat ini akan kembali pulih dan mangsa banjir akan dibenarkan untuk pulang ke kediaman masing-masing,” katanya lagi.

“Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kerajaan negeri menerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah menyediakan set keperluan persekolahan untuk diserahkan kepada setiap ketua keluarga yang terlibat dalam bencana banjir untuk diberikan kepada anak masing-masing,” katanya ketika berucap pada Program “Jom Kembali Ke Sekolah” di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Kampung Tandong Buloh Kasap, baru-baru ini.

Jakel Trading Sdn Bhd, Segamat, turut menyumbangan keperluan baju persekolahan.

Jakel Trading Sdn Bhd, Segamat, turut memberi sumbangan keperluan persekolahan untuk anak-anak mangsa banjir.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan berupa set keperluan persekolahan kepada mangsa-mangsa banjir di daerah Kluang, Batu Pahat dan Segamat.

Turut hadir, Pegawai Daerah Segamat Nasri Md Ali, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jementah Tan Chen Choon, Ahli Parlimen Segamat Datuk Sri Dr Santhara, Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail, ADUN Kemelah Dr Sulaiman Mohd Nor dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Sopian Brahim.

Setakat 8.00 malam tadi, jumlah mangsa banjir kekal 11 orang daripada tiga keluarga di PPS Balai Raya Gemereh Batu Badak, Segamat yang dibuka sejak 15 Disember lalu yang menempatkan mangsa banjir dari Kampung Seberang Batu Badak.

-NI-

Tinggalkan komen anda