Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

International Muslim Friendly Carnival – Ikon Baharu Semporna

By 6 Disember 2019Tiada komen4 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fauzrina Bulka/Azman Jumat (Kota Kinabalu)

SEMPORNA, 6 Dis (Malaysiaaktif) – International Muslim Friendly Carnival (IMFC) yang diadakan buat julung kalinya di Semporna bakal menjadi ikon baharu daerah ini.

Menurut Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Dato Dr Ammar Abd Ghapar, IMFC yang akan dijadikan sebagai acara tahunan merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk mempromosikan Semporna kepada pelancong tempatan dan luar.

Ammar ketika ditemui pemberita.

Ammar ketika ditemui pemberita.

“Kami mahu selepas ini pelancong tempatan dan luar ternanti-nanti penganjuran IMFC pada setiap bulan Disember dan menjadi ikon seperti Pesta Regatta Lepa.

“Salah satu sebab kami memilih Semporna kerana ia merupakan pintu masuk kepada pulau-pulau cantik yang berada di sekitar daerah ini.

Hasil anyaman yang diperbuat daripada daun pandan

Hasil anyaman yang diperbuat daripada daun pandan

“Melalui penganjuran IMFC, kami ingin mengubah atau mengikis tanggapan orang ramai di seluruh dunia bahawa orang islam adalah pengganas dan tidak ramah.

“Kami ingin perbetulkan bahawa masyarakat islam ini sememangnya peramah dan mereka boleh datang dan lihat produk-produk yang di sini disamping menyampaikan mesej bahawa tiada masalah untuk ke negara kita dan mencari produk halal,”jelasnya.

Hasil anyaman yang diperbuat daripada daun pandan

Hasil anyaman yang diperbuat daripada daun pandan

Ammar ditemui ketika hadir pada hari pertama IMFC yang berlangsung di Padang Daerah Semporna, pada Jumaat.

Tambahnya, pengisian program juga banyak melibatkan orang tempatan di mana pihak penganjur telah menyediakan platform agar mereka sama-sama turut serta menjayakan program tersebut.

Hasil anyaman yang diperbuat daripada daun pandan

Hasil anyaman yang diperbuat daripada daun pandan

“Kami memegang konsep ‘Think Tourism, Act Tourism’ di mana rakyat di Semporna bukan sahaja bercakap tentang pelancongan tetapi terlibat sama dalam industri yang ada pada hari ini.

“Antaranya pertandingan memasak makanan tradisional dan juga permainan tradisional yang melibatkan penglibatan masyarakat kerana kami mahu permainan tradisi yang sudah lama di tinggalkan ini dihidupkan semula dalam era di mana gajet lebih sering diguna pakai.

Produk yang menampilkan corak batik

Produk yang menampilkan corak batik

“Kami sasarkan kira-kira 50 ribu pengunjung tempatan dan luar yang akan hadir dalam tempoh enam hari program berlangsung bermula 5 hingga 10 Disember.

“Ia tidak mustahil kerana kami juga telah bekerjasama dengan Persatuan Pelancongan di sini supaya karnival ini turut diuar-uarkan kepada pelancong-pelancong yang ada di hotel-hotel dan pulau-pulau sekitar Semporna,”ujarnya.

Produk yang menampilkan corak batik

Produk yang menampilkan corak batik

Menurutnya, mereka perlukan masa untuk mempromosikan karnival tersebut namun tetap optimistik untuk mencapai sasaran dan menjadikan IMFC sebagai signature event untuk Semporna.

Dalam pada itu, antara peniaga yang turut mempamerkan produk pada IMFC, Karason Amir Hasan teruja apabila berpeluang menyertai karnival sebagai pempamer dan mempromosikan produk buatan sendiri.

Karason gembira dapat mempromosikan produk halal resepi keluarga pada IMFC 2019.

Karason gembira dapat mempromosikan produk halal resepi keluarga pada IMFC 2019.

“Jamu tradisi buatan saya ini merupakan resepi daripada nenek yang berjaya membantu memulihkan kesihatan saya sebelum ini.

“Setelah sihat, saya cuba menjual jamu ini dan bersyukur kerana mendapat banyak maklum balas yang positif daripada pengguna.

Sebahagian alat yang dipamerkan pada IMFC 2019.

Sebahagian alat yang dipamerkan pada IMFC 2019.

“Jika sebelum ini produk saya hanya dijual kepada orang tempatan sahaja, saya berharap dengan penglibatan saya dalam karnival ini mampu mempromosikannya kepada orang luar juga.

“Apa yang penting produk ini halal dan bersih kerana menggunakan bahan-bahan semulajadi,” ujarnya gembira.

Kerino bersama produk makanan ringan yang diambil daripada pengusaha tempatan.

Kerino bersama produk makanan ringan yang diambil daripada pengusaha tempatan.

Salah seorang pempamer, Kerino Jalani yang mewakili Persatuan Pengusaha Syarikat Pelancongan Bumiputra Tempatan Semporna turut berbesar hati dapat menyertai karnival pada kali ini.

Disamping mempromosikan pakej-pakej pelancongan ke pulau-pulau yang ada di sekitar daerah, beliau turut membantu mempromosikan produk makan ringan daripada pengusaha tempatan serta khidmat urut untuk pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Ukiran perahu lepa yang dijual dengan harga mampu milik.

Ukiran perahu lepa yang dijual dengan harga mampu milik.

“Saya cuma berharap agar pihak-pihak berkaitan dapat memperhalusi keperluan diwujudkan perkhidmatan homestay di Semporna dengan memilih kampung yang sesuai untuk memulakannya.

“Saya mendapat maklumbalas daripada pelancong yang inginkan homestay yang turut melibatkan pelancong dengan menjalani kehidupan sebenar penduduk kampung seperti menjadi nelayan dan memasak makanan tradisi.

“Ini merupakan satu cadangan yang baik demi memperkenalkan lagi tradisi kita kepada pelancong dari dalam dan luar negara,” katanya.

Sebanyak 60 buah gerai yang disediakan untuk pengunjung daripada pelbagai persatuan, agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Antara artis yang bakal menghiburkan pengunjung sepanjang karnival ini adalah Dato’ Jamal Abdillah, Wany Hasrita, Hael Husaini, Ebi Kornelis, Den Bisa dan lain-lain lagi.

ER

Tinggalkan komen anda