Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

JMB Perlu Efektif Tangani Masalah Penduduk Rumah Pangsa

By 25 Disember 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Fauziah Abdullah/Mohd Shaharudin Suratman (Seremban)

SEREMBAN, 25 Dis (Malaysiaaktif) – Badan Pengurusan Bersama (JMB) adalah satu badan yang ditubuhkan secara bersama oleh pemaju dan pemilik petak yang bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelenggara bangunan tempat tinggal seperti rumah pangsa.

Masalah rumah pangsa yang tidak diselengara dengan baik, bil air dan elektrik tertunggak sehingga mencecah ratusan ribu ringgit antara masalah yang tidak berkesudahan dan sukar diselesaikan kerana tidak ditangani sejak peringkat awal oleh JMB yang telah ditubuhkan.

Arul bersama penerima hadiah kecemerlangan peperiksaan.

Arul bersama penerima hadiah kecemerlangan peperiksaan.

Dalam ucapannya sempena Program Kembali ke Sekolah anjuran bersama Komuniti Harapan Malaysia (KHM) Taman Andalas, Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Taman Andalas dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Mantin Dalam Arul Kumar Jambunathan, menegaskan bahawa peranan JMB sangat penting dalam memastikan penyelenggaraan harta bersama pemilik rumah pangsa dan pembaikan kerosakan dapat dilaksanakan secara efisyen.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan, itu berkata masalah yang lebih besar akan timbul sekiranya JMB tidak berfungsi dengan baik kerana mereka inilah yang menjadi satu badan bersama bagi memastikan setiap pemilik petak di rumah pangsa ini menikmati keselesaan kediaman yang sepatutnya mereka perolehi.

Arul menyampaikan ucapan.

Arul menyampaikan ucapan.

“JMB juga mempunyai kuasa untuk mengutip daripada pemilik caj penyenggaraan dan pengurusan yang berkadaran dengan unit syer yang diperuntukkan bagi petak masing-masing termasuklah jumlah bil meter pukal yang perlu dijelaskan oleh JMB,” katanya lagi.

Beliau turut mendedahkan usaha menyelesaikan masalah rumah pangsa di Nilai yang melibatkan 240 buah unit kediaman yang mempunyai tunggakan bil air berjumlah RM2.6juta kerana JMB tidak berfungsi selama 25 tahun.

-AK

Tinggalkan komen anda