Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kempen Cakna Kesedaran Pencegahan Influenza di Sekolah

By 21 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Norhasimah Md Naam (Sik)

SIK, 21 Jan (Malaysiaaktif) – Berikutan jumlah peningkatan kes Influenza di negeri ini, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Sik dengan kerjasama Kelab Doktor Muda SK Sik (SKS) mengambil langkah proaktif bagi menganjurkan kempen kesedaran bagi meningkatkan tahap pengetahuan para pelajar.

Menurut Ketua Jururawat Hospital Sik, Norhasimah Md Naam, melalui kempen ini pelajar sekolah akan didedahkan dengan langkah-langkah pencegahan Influenza demi melindungi diri dan juga keluarga.

“Adalah penting untuk meningkatkan kesedaran di peringkat kanak-kanak lagi sebagai  langkah pencegahan awal serta bagi mengurangkan risiko jangkitan penyakit berkenaan.

“Influenza ini mudah menjangkiti pelajar sekolah, oleh itu tindakan pencegahan perlu diambil dan ibu bapa serta guru tidak perlu panik,” katanya yang ditemui ketika kempen Ceramah Kesihatan di SK Sik, di sini semalam.

Hasimah turut menasihati ibu bapa untuk mengambil langkah sewajarnya jika anak-anak disyaki mempunyai simptom-simptom Influenza dan segera berkunjung ke klinik atau hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Sehingga semalam, sebanyak 51 kes Influenza membabitkan pelajar sekolah dan 14 guru direkodkan di Negeri Kedah melibatkan 39 buah sekolah di seluruh negeri.

Antara yang paling tinggi kes direkodkan ialah di daerah Kuala Muda, Yan dan Kulim Bandar Baru iaitu masing-masing 11 buah sekolah dan 16 orang pesakit.

-SH

Tinggalkan komen anda