Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Malaysia ada Pengalaman Tangani Kes Virus, Jangan Cetus Keadaan Panik

By 26 Januari 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 26 Jan (Malaysiaaktif) –Malaysia mempunyai kapasiti untuk menangani kes virus 2019 novel koronavirus dengan sejarah kejayaan cemerlang mengawal penyakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), Virus Ebola dan Virus Nipah yang pernah terjadi sebelum ini.

“Ia menunjukkan bahawa kita mempunyai keupayaan untuk menjaga diri kita, tetapi kita memerlukan kerjasama semua rakyat Malaysia. Jangan tular berita palsu, menakutkan dengan memberi gambaran kita dalam keadaan panik, adalah penting untuk menjaga satu sama lain,” nasihat timbalan perdana menteri pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat koordinasi kluster 2019 novel koronavirus di sini hari ini.

Malah katanya status virus koronavirus di negara ini masih dalam keadaan terkawal tanpa perlu mencetuskan suasana panik.

“Di China ia dikategorikan sebagai wabak tapi di negara ini ia disifatkan sebagai satu kluster. Saya telah mempengerusikan mesyuarat khas dengan kluster penyakit kluster virus yang telah dikesan di Wuhan, China yang kini merebak ke 14 buah negara dimana dilaporkan empat kes positif di Malaysia.

Penyakit ini terkawal, jadi kita tidak mahu panik dan keadaan masih terkawal,” katanya.

–BERNAMA

Tinggalkan komen anda