Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

KD KERIS Kini Ditauliahkan

By 6 Januari 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)/TLDM

PUTRAJAYA, 6 Jan (Malaysiaaktif) – Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany, hari ini merasmikan pentauliahan bagi Littoral Mission Ship (LMS) pertama TLDM iaitu Kapal Diraja KERIS (KD KERIS) di Wuchuan Shipbuilding Industry Co. Ltd. Wucang Port, Qidong, Shanghai, China.

Menurut Mohd Reza, LMS merupakan salah sebuah daripada lima kelas kapal dalam Program Transformasi Armada 15 kelima TLDM.

“Kontrak perolehan empat buah LMS telah dimeterai antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNSSB) pada 23 Mac 2017 dengan kerjasama China Shipbuilding & Offshore International Co. Ltd. (CSOC).

“Projek perolehan ini merupakan projek perolehan aset pertahanan kapital yang pertama daripada negara China, dengan kapal kedua (SUNDANG) dijadualkan akan diserahkan pada April tahun ini manakala kapal ketiga dan keempat diserahkan pada pertengahan 2021,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Mohd Reza turut membacakan Perintah Pentauliahan sebagai simbolik kepada Pentauliahan Kapal dan turut memakaikan insignia pemerintahan kepada Komander Mohd Zulkarnain Mohd Rawi TLDM selaku Pegawai Memerintah Pertama KD KERIS.

KD KERIS telah mula dibina pada 31 Julai 2018 di Wuchuan Shuangliu Manufacture Base, Wuhan dan seterusnya dijadualkan melaksanakan pelayaran pulang ke Malaysia Rabu ini dan dijangka tiba di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu 17 Januari nanti.

-SH

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda