Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pesakit Kanser Sebak Terima Kunjungan MB

By 9 Januari 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Intan Iryani Mohamad (Alor Setar)

JERLUN, 9 Jan (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menziarahi rumah seorang penduduk di sini, Abdullah Hamid, 72, yang menderita penyakit kanser sejak beberapa tahun yang lalu.

Abdullah bekerja sebagai peniaga udang di pasar pagi sekitar kawasan Ayer Hitam dengan pendapatan sekitar RM500 sebulan dan ternyata tidak mencukupi untuk menyara diri dan ahli keluarganya.

“Saya tinggal bersama isteri, anak dan menantu beserta lima orang cucu, dan saya sendiri menghidap penyakit kanser prostat dan perlu melakukan pemeriksaan kesihatan bulanan di hospital.

“Saya amat berterima kasih kepada Datuk Seri Mukhriz dan Jabatan Perdana Menteri atas sumbangan yang diberikan ini,” katanya ketika ditemui dalam Program Ziarah Kasih, di Kampung Tandop Kedabu, di sini hari ini.

Mukhriz menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan berniaga iaitu pelantar motosikal dan tong kedap ais, manakala pihak Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) membaik pulih rumah Abdullah Hamid.

Turut hadir, Exco Kerajaan Negeri Kedah Halimaton Saadiah Saad, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam Datuk Aziz Mahmood serta agensi-agensi kerajaan yang lain.

-SH

Tinggalkan komen anda