Laporan/foto: Sarah Abdul Halim/Juliana Ibrahim (Kulim)
KULIM, 9 Jan (Malaysiaaktif) – Sebanyak 500 buah kenderaan terawal bertuah akan memenangi baucar makanan bernilai RM10 dengan pembayaran minimum RM5 di mesin pam dengan menggunakan kad ATM di stesyen minyak Petron Bandar Baru Kulim hari ini.
Majlis Perasmian Penerimaan Kad ATM My Debit di Petron dijayakan oleh Syarikat Petron Malaysia dengan kerjasama PayNet, MyDebit dan agensi bank di seluruh Malaysia.
Pengurus Besar Petron Malaysia, Faridah Ali, berkata penggunaan tanpa tunai memberi banyak kebaikan kepada pengguna dan dapat menjimatkan masa ketika membuat pembayaran.
“Bagi rangkaian stesyen minyak pula, pengurangan aliran tunai dapat mengurangkan risiko dirompak dan kehilangan wang tunai”, ujar Faridah ketika ditemui pemberita.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyokong usaha syarikat minyak tersebut yang menyahut seruan kerajaan dalam melahirkan masyarakat tanpa tunai.
“Negara kita mempunyai 3500 buah rangkaian stesyen minyak di mana ianya merupakan industri hiliran di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
“Syarikat ini merupakan syarikat pertama yang melancarkan penggunaan My Debit untuk pengisian petrol dan diesel di seluruh rangkaian stesyen minyaknya di seluruh negara, katanya sempena Majlis Perasmian Penerimaan Kad ATM MyDebit di Petron, di sini hari ini.
-SH