Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Pesta Ponggal Ruang Fahami Keunikan Budaya Berbilang Kaum – Azmin

By 15 Januari 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar Fail

PUTRAJAYA, 15 Jan (Malaysiaaktif) – Sambutan perayaan Ponggal memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum untuk memahami dengan lebih dekat keunikan budaya rakan-rakan dan jiran mereka yang menyambut perayaan itu, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata sambutan pesta berkenaan menjadi saksi kepada prinsip bahawa kepelbagaian budaya merupakan satu kekuatan dan keunikan bangsa Malaysia.

“Esok masyarakat India di Malaysia akan meraikan Pesta Ponggal selama empat hari berturut-turut di dalam bulan Thai mengikut kalendar Tamil.

“Pesta ini disambut turun menurun sebagai sambutan tanda berakhirnya musim menuai. Kerencaman budaya adalah kekuatan kita,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ponggal merupakan perayaan yang disambut selama empat hari bermula hari pertama bulan Thai mengikut kalendar Tamil bersempena musim menuai, menandakan kesyukuran terhadap hasil yang diterima.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda