Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Tingkatkan Pengaruh Influencer Sebagai Agensi Kerajaan Utama – Roselindawati

By 9 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Norlydiana Ishak/Aishah Omar, Unit Fotografi JaPen (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 9 Jan (Malaysiaaktif) – Mandat dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada Jabatan Penerangan (JaPen) sejak lebih dari 100 tahun lalu masih kekal relevan dan perlu dilaksanakan dengan lebih cekap, effisien, berkualiti dan berintegriti.

Ketua Pengarah JaPen, Roselindawati Abdul Rahman, berkata jabatan perlulah menggunakan pendekatan-pendekatan baharu dan sentiasa mementingkan elemen kesegeraan dan ketepatan dalam menyampaikan maklumat.

“Dengan perubahan era teknologi maklumat dan kini Revolusi Perindustrian (IR 4.0) yang pantas, kemahiran dalam bidang IT dan menguasai platform media sosial menjadi satu kemahiran yang wajib ada pada semua pegawai penerangan,” katanya sempena Majlis Perhimpunan dan Amanat Tahun Baharu Ketua Pengarah Penerangan, di sini hari ini.

Tambah Roselindawati, warga JaPen perlu melakukan perubahan gerak kerja yang lebih ketara dan agresif dalam media sosial serta menguasai media sosial bagi meningkatkan pengaruh sebagai influencer agensi kerajaan yang utama.

Turut diadakan sesi perkongsian ilmu dan percambahan minda bersama Dr. Othman Talib.

Turut diadakan sesi perkongsian ilmu dan percambahan minda bersama Dr. Othman Talib.

“Jabatan perlu agresif dalam mengurus media sosial dan meningkatkan kemahiran kita sekali gus meluaskan pengaruh JaPen sebagai influencer agensi kerajaan yang utama dalam memasarkan maklumat kerajaan seperti kita juara dalam memasarkan maklumat melalui medium bersemuka atau di lapangan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Roselindawati menyifatkan anjakan atau perubahan ini amat bertepatan berikutan medan percakapan, berkomunikasi dan berkawan terutama dengan golongan belia kini beralih ke alam maya.

“Warga JaPen juga wajib menguasai maklumat kerajaan yang meliputi dasar, polisi, peraturan, pencapaian kerajaan serta penjelasan isu-isu berbangkit.

“Peranan utama kita ialah memasarkan maklumat Kerajaan Malaysia di mana ia perlu dipasarkan secara kreatif dan inovatif dalam menterjemahkannya dalam bentuk yang mudah difahami, menarik dan tepat faktanya,” tambahnya.

-SH

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda