Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Santuari Gajah Johor Bakal Beroperasi Pertengahan Tahun 2020

By 19 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Mohd Najib Mohaini (Johor Bahru)

KOTA TINGGI, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Santuari Gajah Johor dijangka akan mula beroperasi sepenuhnya pada pertengahan tahun ini.

Dalam lawatan kerja rasmi Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal ke Kota Tinggi hari ini, beliau dibawa melawat ke lokasi santuari yang terletak lebih kurang 13 kilometer dari bandar Kota Tinggi.

Pengarah Perhilitan Negeri Johor, Salman Saadan berkata pusat santuari gajah seluas 72.99 hektar itu merangkumi bangunan pentadbiran dan berek pekerja selain padang ragut dan kawasan keliaran.

Menteri Besar Johor Dr Sahruddin Jamal melawat ke lokasi santuari yang terletak lebih kurang 13 kilometer dari Bandar Kota Tinggi.

Menteri Besar Johor Datuk Dr. Sahruddin Jamal melawat ke lokasi santuari yang terletak lebih kurang 13 kilometer dari Bandar Kota Tinggi.

“Santuari ini menyediakan enam ‘paddock‘ untuk rawatan anak gajah yang ditinggalkan dan gajah-gajah yang perlukan rawatan sebelum dilepaskan semula ke habitat asal,” katanya semasa sidang media.

Buat permulaan, lima ekor gajah berusia antara lima hingga enam tahun dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Pahang, akan ditempatkan di pusat santuari itu bagi membantu operasi menangkap dan menyelamatkan gajah, serta tarikan eko-pelancongan di negeri ini.

“Memang menjadi hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan pusat santuari ini sebagai tarikan eko-pelancongan bagi daerah Kota Tinggi.

Pengarah Perhilitan Negeri Johor Salman Saaban menberi taklimat kepada Menteri Besar Johor sempena lawatan rasmi ke Daerah Kota Tinggi.

Pengarah Perhilitan Negeri Johor Salman Saaban memberi taklimat kepada Menteri Besar Johor sempena lawatan rasmi ke Daerah Kota Tinggi.

“Bagaimanapun, kita akan buka untuk orang awam bila kita sudah bersedia, jangkaan dalam masa setahun selepas beroperasi,” katanya lagi.

Santuari ini dijangka dibuka kepada orang ramai pada tahun hadapan.

 

-NI-

Tinggalkan komen anda