Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Masyarakat Berilmu dan Berakhlak Ciri Negara Rahmah – Fuziah Salleh

By 19 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Hafiz Khairon/Aiman Zakaria/Sh Nurul

KUANTAN, 19 Januari (Malaysiaaktif) – Seramai 800 penjawat awam Persekutuan Negeri Pahang menghadiri Majlis Amanat Tahun Baru 2020 yang telah disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Hajjah Fuziah Binti Salleh.IMG-20200119-WA0001

Fuziah dalam ucapannya berkata, antara fokus kerajaan Pakatan Harapan dalam membina negara adalah merencana dan melaksanakan Wawasan Kemakmuran Bersama dalam tempoh tahun 2021 hingga 2030.

“Wawasan Kemakmuran Bersama membawa maksud pertumbuhan yang lebih saksama untuk negara, memberikan nilai yang lebih tinggi kepada ekonomi negara dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang kompetitif, berintegriti dan bermaruah,” katanya.

Tambahnya, ia dapat menjadikan Malaysia sebagai negara yang terus menerus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil dan inklusif melalui konsep Kemakmuran Bersama ini.IMG-20200119-WA0002

Fuziah yang juga merupakan wakil Kerajaan Persekutuan di Negeri Pahang turut menjelaskan mengenai Gagasan Rahmatan Lil’Alamin dan Maqasid Syariah yang menjadi asas dalam membentuk sebuah Negara Rahmah.

“Negara Rahmah ialah sebuah negara yang menaungi rakyatnya dengan kepimpinan yang berintegriti, tadbir urus yang baik, masyarakat berilmu, berakhlak dan penyayang, hubungan antara etnik dan penganut pelbagai agama yang harmoni, ekonomi yang mampan, pembangunan dan alam sekitar yang lestari, kebajikan dan keselamatan rakyat terpelihara serta bersifat menyantuni kemanusiaan, ihsan dan peradaban bermatlamatkan kesejahteraan sejagat.”

Sementara itu, rata-rata penjawat awam yang hadir ke majlis amanat pada hari ini lebih memahami dan menyambut baik usaha kerajaan PH dalam memacu kegemilangan negara Malaysia.

N M Akmar Irdawaty Zulkifli, 37, berkata usaha ini amat signifikan dalam menjelaskan konsep dan isu semasa yang berlaku.

“Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang,”katanya.

Majlis ini turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, YB Lee Chean Chung dan ADUN Teruntum, YB Sim Chon Siang.

-KN

Tinggalkan komen anda