Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Ziarah Kasih ADUN Bemban Sempena Tahun Baharu Cina

By 28 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Mohd Muhaimin Amran (Jasin)

JASIN, 28 Jan (Malaysiaaktif) – Ziarah Kasih sempena Tahun Baru Cina bawa harapan kepada mereka yang memerlukan bantuan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban baru-baru ini.WhatsApp Image 2020-01-28 at 08.35.17

Bantuan ini disalurkan kepada semua kaum tanpa mengira latar belakang, warna kulit dan bangsa. Semua dapat turut merasai nikmat perayaan menjelang perayaan Tahun Baharu Cina.

Menurut Ahli Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Dr. Wong Fort Pin, adalah baiknya jika semua rakyat tanpa mengira kaum dapat dibantu sebagai menyahut slogan kerajaan memastikan setiap rakyat mendapat kemudahan sewajarnya daripada kerajaan terutama kepada mereka yang kurang bernasib baik.WhatsApp Image 2020-01-28 at 08.35.16

“Menjelang perayaan Tahun Baharu Cina yang akan tiba tidak lama lagi, besar harapan bagi saya agar rakyat yang kurang berkemampuan diberi keutamaan sebaiknya oleh semua pihak dan agensi berkaitan supaya rakyat gembira menyambut perayaan selain dapat mengenang kebaikan yang telah dilakukan kerajaan pada masa akan datang,” ujar Wong.

Penerima bantuan, Mathavee Raman, 49, berkata kehidupan sebagai ibu tunggal telah memaksanya bekerja demi menyara keluarga dan anak-anak, dengan sedikit bantuan barang keperluan yang diberi ini dapat membantu meringankan beban keluarganya.WhatsApp Image 2020-01-28 at 08.35.16 (1)

Manakala bagi Gan Boo Thye, 82, beliau amat terharu kerana selain menerima bantuan beliau turut gembira apabila diberikan pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh ADUN Bemban sendiri yang merupakan seorang doktor.

Program ziarah kasih yang diadakan ini turut diserikan dengan program agihan limau kepada masyarakat, sumbangan barangan keperluan asas dan duit raya kepada anak-anak penerima bantuan di sekitar Pekan Jasin. Turut hadir wakil daripada Pejabat Kebajikan Daerah Jasin dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).WhatsApp Image 2020-01-28 at 08.35.17 (1)

-KN

Tinggalkan komen anda