Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Tapak Lupus Sampah Terbakar, Penduduk Terjejas Dinasihatkan Tidak Panik

By 28 Januari 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fauziah Abd Wahab (Kuala Muda)

MERBOK, 28 Jan (Malaysiaaktif) – Penduduk di daerah ini dinasihatkan tidak panik dan menularkan sebarang kenyataan tidak sahih bagi memburukkan keadaan atau menakutkan orang ramai berhubung dengan kebakaran yang berlaku di tapak pelupusan sampah Semeling yang sudah berlarutan memasuki hari kesembilan.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Industri dan Pelaburan Kedah Tan Kok Yew, berkata bacaan index IPU jerebu oleh Jabatan Alam Sekitar yang dipasang berdekatan dengan Taman Universiti hari ini menunjukkan bacaan keadaan tidak sihat 220 terutama pada sebelah pagi.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, penduduk sekitar disarankan agar sentiasa menjaga kesihatan dengan mengurangkan aktiviti luar, sentiasa memakai penutup mulut dan hidung serta banyakkan meminum air kosong.

“Setakat hari ini, pemantauan dari Klinik kesihatan di sekitar Bedong dan Semeling masih belum ada sebarang peningkatan terhadap penyakit asma dan semua berada dalam keadaan biasa,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Khas dan lawatan tapak kejadian, di sini hari ini.

Menurut Kok Yew, pasukan bomba telah berusaha keras memadam kebakaran dan memantau lokasi 24 jam bagi memastikan ia tidak merebak ke kawasan longgokan sampah lain.

-SH

Tinggalkan komen anda