Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

3000 Hadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Chap Goh Mei Lubok Antu

By 4 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Iswandy Kassim (Sarawak)

SRI AMAN, 4 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai lebih 3000 penduduk sekitar menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Malam Chap Goh Mei Peringkat Parlimen Lubok Antu berlangsung meriah di perkarangan Tua Pek Kong Engkilili yang menyaksikan keunikan sambutan Chap Goh Mei, di sini semalam.

Ahli Parlimen Lubok Antu Jugah Muyang, menyifatkan sambutan Chap Goh Mei di Engkelili adalah unik kerana sejak dahulu lagi ianya bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina tetapi turut diraikan bersama kaum-kaum lain kerana demografi Engkelili yang terbentuk bersama dengan komuniti Cina dan Melayu.

“Sambutan ini adalah simbolik kepada keutuhan perpaduan masyarakat pelbagai kaum di Parlimen Lubok Antu dan mengingatkan komuniti yang hadir supaya mengekalkan tradisi toleransi dan saling menghormati kerana ia asas perpaduan di negeri ini.

“Inilah identiti Engkilili dan nilai ini sewajarnya terus dipertahankan, dan kita hendaklah sentiasa berpegang teguh kepada keharmonian dengan melatari semangat toleransi yang berpandukan Rukun Negara sebagai teras dan asas perpaduan,” katanya ketika merasmikan program tersebut.

Terdahulu, Jugah menyampaikan geran aktiviti dengan jumlah keseluruhan RM33,000 kepada beberapa Pertubuhan Bukan kerajaan (NGO) komuniti Cina sekitar Engkilili, antaranya Engkilili Chinese Temple Charitable Trust Board, Persatuan Teo-Chew komuniti Cina, Persatuan Penganut Dewa Yi Bong Thai Thi, Tokong Cina Marup dan JKKK Komuniti Cina Jelukong, Engkilili.

“Dengan sumbangan ini dapatlah digunakan untuk membangunkan aktiviti-aktiviti komuniti Cina di Pekan Engkelili dan mengingatkan semangat permuafakatan ini tidak harus terhad kepada hari perayaan sahaja, sebaliknya harus diterapkan dalam kehidupan seharian agar keamanan dan kestabilan negeri Sarawak terus kukuh dengan keunikan rakyat berbilang kaum,” tambahnya.

-SH

Tinggalkan komen anda