Laporan/foto: Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)
NIBONG TEBAL, 10 Feb (Malaysiaaktif) – Penyampaian maklumat dengan lebih tepat dan jelas adalah misi utama Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia. Melalui program Info on Wheels (IoW), satu kaedah bagi menyampaikan maklumat dengan lebih tepat dan jelas telah pun dilakukan.
Pejabat JaPen Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) telah mengambil peluang melalui program ini dengan mendekati masjid agar dapat memberi penerangan dengan lebih jelas dan tepat berkenaan isu-isu selain dari inisiatif yang telah diperkenalkan kerajaan.
Menurut Khatib Khutbah Jumaat Masjid Nurul Iman Bukit Panchor, Sharkawi Ishak, kaedah yang digunakan oleh JaPen ini adalah amat baik kerana orang ramai dapat maklumat dengan lebih jelas dan tepat serta lebih dekat dihati.
“Kebetulan tajuk Khutbah Jumaat baru-baru ini juga berkenaan isu wabak virus Novel Koronavirus yang bertepatan dengan kehadiran pegawai penerangan dalam memberi info dan maklumat untuk semua masyarakat mengambil langkah-langkah pencegahan,”katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.
-ii-