
Laporan/foto: Salleh Immun (Sarawak)
KUCHING, 1 Feb (Malaysiaaktif) – Pertubuhan Sukarelawan Jalanan Bahagian Kuching mengadakan Kempen Menderma Darah bagi tujuan perubatan sekitar kawasan tersebut.
Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Jalanan Bahagian Kuching Suria Adenan, berkata Kempen Menderma Darah kali ini merupakan kerjasama mereka dengan Unit Tabung Darah, Hospital Umum Sarawak (HUS) Kuching.
“Kami menyasarkan maksimum 100 orang penderma darah dapat menderma darah pada kempen kali ini dan jika lebih, ianya akan menjadi bonus kepada kami dalam usaha memastikan kempen menderma darah kali ini berjaya,” katanya yang ditemui sempena kempen tersebut, di sini semalam.
Suria turut memaklumkan jumlah bekalan darah di HUS sering tidak mencukupi bagi menampung keperluan sedia ada.
“Inisiatif kempen menderma darah sebegini secara langsung dapat memastikan matlamat bekalan darah mencukupi bagi menampung keperluan darah di Hospital Umum Sarawak (HUS) Kuching tercapai.
“Ianya turut dapat memberi peluang kepada orang ramai yang belum pernah menderma darah dan juga penderma-penderma darah berkala tampil dengan sendirinya untuk menderma darah bagi merealisasikan keperluan darah yang diperlukan,” katanya lagi.
Kempen yang dianjurkan kali ini berjalan lancar dan menerima impak positif dari semua pihak yang telah menjayakan.
-SH