Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kekalkan Perpaduan, Elak Sebar Berita Palsu – Mukhriz

By 1 Februari 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fauziah Abd Wahab (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 1 Feb (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menggesa seluruh rakyat Kedah menjaga dan mengekalkan perpaduan dan keharmonian bagi memastikan kemakmuran negara dapat dicapai.

Mukhriz turut menyeru rakyat negeri untuk tidak menyebarkan berita palsu yang dapat menggugat keharmonian perpaduan di negara ini.

“Seiring dengan kecanggihan dunia siber masa kini, media sosial turut menjadi cabaran utama dalam usaha membangunkan negara, penyebaran berita palsu boleh mengganggu gugat keamanan negara, untuk itu rakyat harus peka dan memastikan kesahihan sesuatu berita sebelum berkongsi di media sosial,” katanya semasa merasmikan Karnival Perpaduan Dihatiku Peringkat Daerah Kuala Muda, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Waytha Moorthy Ponnusamy, turut mengharapkan rakyat agar terus menyokong kepimpinan Malaysia baharu.

“Semoga kita dapat bersama-sama bersatu hati bagi memastikan perpaduan negara terus terpelihara,” katanya ketika berucap sempena program.

Turut hadir, Exco Perpaduan Negeri Kedah Summugam Rengasamy, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Malaysia Aldrina@Mimi O.P Andu dan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Dr Rusmini Ku Ahmad.

-SH

Tinggalkan komen anda