Skip to main content
Berita TengahHomePutrajaya

MOTAC Henti Daftar Penginapan Kediaman Jangka Pendek Mulai 15 Feb

By 13 Februari 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 13Ā Ā Feb (Malaysiaaktif) – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan memberhentikan pendaftaran Penginapan Kediaman Jangka Pendek (STRA) mulai Sabtu iniĀ bagi memudahkan pengawalseliaan aktiviti STRA di negara ini.

MOTAC dalam kenyataan hari ini memaklumkanĀ menerusiĀ langkah itu, hanya pihak berkuasa boleh mengambil tindakan sekiranya pemilik premis penginapanĀ atau ejenĀ gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan.

ā€œBagi memastikan keseragaman dasar-dasar kerajaan berkaitan STRAĀ ini, semua ā€˜host’ atau pemilik kediaman tidak perlu berdaftar lagi di bawah MOTACĀ mulai dari tarikh tersebut,ā€ jelasnya.

Menurut kenyataan itu, pendaftaran sebelum ini bertujuan untuk membantu MOTAC memperolehĀ data serta statistik yang lengkap dan terkini bagi merangka dan menyusun dasarĀ dan strategi pembangunan negara pada masa depan bertepatan dengan trend semasa.

Kerajaan, jelasnya,Ā telah menerima pelbagai maklum balas positif dan negatif dari penggiat industri serta orang awam mengenai aktiviti penginapan itu.

MenteriĀ Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk MohamaddinĀ Ketapi memaklumkanĀ sebelum ini kementerian bertanggungjawab untuk mendaftarkan semua premis penginapan pelancong termasukĀ pendaftaran host atau ejenĀ yang menjalankan aktiviti penginapan kediaman jangka masa pendek yang menggunakan model ā€˜Ekonomi Perkongsian Kediaman’ selaras dengan penetapan Akta Industri Pelancongan 1992.

– BERNAMA

Tinggalkan komen anda