Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Penerangan Julau Sarawak Laksana Info on Boat

By 5 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salleh Immun (Sarawak)

JULAU, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Strategi menyampaikan maklumat kepada masyarakat di Sarawak tidak hanya terbatas menggunakan kenderaan beroda sahaja tetapi juga menggunakan perahu sebagai kenderaan utama bagi tujuan merealisasikan penyampaian maklumat yang lebih berkesan.

Ketua Unit Bergerak Jabatan Penerangan Daerah Julau Sarawak Denny Asip, mengambil inisiatif menggunakan perahu sebagai kenderaan mereka ke rumah-rumah panjang yang terletak di sepanjang sungai di Julau.

“Kami menggelar program kami hari ini dengan nama Info on Boat dan lokasi pertama kami adalah kawasan Mujok dan Ulu Mujok dan untuk ke Mujok kami telah menggunakan kenderaan darat dan seterusnya ke kawasan Ulu Mujok pula kami terpaksa menggunakan perahu yang disewa daripada penduduk kampung.

“Dalam erti kata lain, objektif kami ke kawasan ini adalah untuk memastikan masyarakat setempat khasnya yang mendiami kawasan hulu sungai juga mendapat berita yang sahih dan tepat memandangkan kawasan yang dilawati tidak mempunyai jaringan jalan raya yang baik dan sistem telekomunikasi.

“Inilah permasalahan yang dihadapi penduduk luar bandar terutamanya di kawasan hulu sungai di mana ketiadaan jaringan jalan raya yang baik serta sistem telekomunikasi menyebabkan perhubungan terbatas untuk bergerak ke kawasan bandar sekaligus menyukarkan mereka menerima berita terkini seperti isu-isu yang berlaku ketika ini,” katanya yang ditemui semasa program trsebut, di sini semalam.

-SH

Tinggalkan komen anda