Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Info On Wheels (IOW) Kesungguhan Kerajaan Salur Maklumat

By 5 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Mahadi Mustafa/ Zulkifli Othman (Dungun)

DUNGUN, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Dungun menggunakan pendekatan aktiviti Info On Wheels (IOW) dalam usaha menyebarluaskan pemahaman maklumat kepada masyarakat setempat mengenai isu nasional dan global yang melanda dunia pada ketika ini iaitu wabak Novel Coronavirus (2019-nCov) serta mengedarkan risalah langkah-langkah pencegahan virus tersebut.

Pengurusan bahagian Food And Beverage (F&B) Tanjung Jara Resort, Eddi Ahmad, 32, ketika ditemui menyatakan bahawa masalah penularan wabak coronavirus memerlukan kerjasama semua pihak dalam usaha pencegahannya.

Eddi Ahmad, Pengurus Bahagian Food & Beverages (F&B) Tanjung Jara Resort gembira menerima kunjungan petugas Info On Wheels Daerah Dungun

Eddi Ahmad, Pengurus Bahagian Food & Beverages (F&B) Tanjung Jara Resort gembira menerima kunjungan petugas Info On Wheels Daerah Dungun

“Pihak kami telah mengambil langkah sebagaimana yang telah disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan kehadiran pegawai serta kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Dungun ke resort ini untuk memberi pencerahan tentang wabak ini jelas melihatkan kesungguhan kerajaan dalam menyalurkan maklumat yang sahih ke peringkat akar umbi.”

Pegawai Penerangan Daerah Dungun, Rusmiza Anuar berkata, pihaknya memilih pelbagai lokasi di daerah ini yang menjadi tumpuan masyarakat bagi menjayakan IOW antaranya pasar awam, restoran, kawasan riadah seperti pantai, resort serta taman perumahan dan juga kawasan perkampungan.

Edaran risalah pencegahan Novel Coronavirus (2019-nCov) kepada pelancong tempatan dan juga luar negara yang menginap di Tanjung Jara Resort, Dungun

Edaran risalah pencegahan Novel Coronavirus (2019-nCov) kepada pelancong tempatan dan juga luar negara yang menginap di Tanjung Jara Resort, Dungun

Maklumbalas daripada masyarakat yang ditemui juga positif. Aktiviti secara bersemuka ini memberi peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan maklumat yang tepat secara santai seterusnya memberi pandangan balas bagi pihak rakyat.

Pada masa yang sama, pihak kami juga turut mengedarkan bahan-bahan penerbitan serta memberi penerangan tentang dasar-dasar serta inisiatif yang dibawa Kerajaan pada hari ini seperti E-Tunai, i-Suri, PEKA B40, Belanjawan 2020, Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) serta pelbagai inisiatif yang lain.

Edaran risalah mengenai pencegahan Novel Coronavirus (2019-nCoV) kepada pengunjung di sekitar kedai makan Tanjung Jara

Edaran risalah mengenai pencegahan Novel Coronavirus (2019-nCoV) kepada pengunjung di sekitar kedai makan Tanjung Jara

“Bagi optimumkan impak IOW, Pejabat Penerangan Daerah Dungun akan memperkukuhkan hubungan bersama rakan strategik, agensi-agensi kerajaan serta badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dalam penyaluran maklumat kepada rakyat,” ulas beliau lagi.

-ii-

Tinggalkan komen anda