Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Perpaduan Kaum Identiti Malaysia – Azmin

By 10 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 10 Feb (Malaysiaaktif) – Perpaduan kaum yang utuh di negara ini merupakan identiti Malaysia yang sangat unik dan tidak dapat dibandingkan dengan negara-negara lain di dunia.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata ianya dapat dibuktikan setiap kali sambutan perayaan kaum-kaum tertentu diadakan, pelbagai kaum turut hadir meraikannya.

“Kita seharusnya merasa gembira menjadi rakyat Malaysia kerana keunikan ini tidak berlaku di negara-negara lain.

“Kepelbagaian kaum yang ada di Malaysia merupakan kekuatan utama yang menjadikannya sebuah negara majmuk mempunyai banyak kaum dan agama namun dapat hidup bersama.

“Kalau di negara China dan India hampir keseluruhan adalah masyarakat Cina dan India, begitu juga di Amerika yang semuanya orang barat dan Amerika tetapi di Malaysia inilah keluarga kita iaitu orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya,” katanya.

Azmin (kiri) menyampaikan sumbangan kemasyarakatan sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Pasar Moden Taman Sri Gombak, hari ini.

Azmin (kiri) menyampaikan sumbangan kemasyarakatan sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Pasar Moden Taman Sri Gombak, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Parlimen Gombak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia di Pasar Moden Taman Sri Gombak, di sini hari ini.

Turut hadir, Orang Besar Daerah Gombak, Tan Sri Wan Mahmud Pa’Wan Teh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham dan wakil Pegawai Daerah Gombak, Eamy Mokhtar.

Jelas Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak, kita (rakyat pelbagai kaum) sebenarnya adalah satu keluarga iaitu keluarga Malaysia yang sentiasa aman dan harmoni sehingga dapat memajukan Malaysia.

“Setiap tahun sambutan Tahun Baharu Cina diraikan bukan sahaja masyarakat Cina tetapi seperti hari ini ianya diraikan oleh pelbagai kaum yang perlu dikekalkan kerana inilah identiti kita.

“Walaupun 20 bulan lalu negara bergelut kekangan ekonomi dan kewangan, namun hari ini kita gembira kerana pelabur asing telah kembali ke Malaysia dengan meletakkan pelaburan mereka.

“Ianya bakal membuka peluang pekerjaan yang bernilai tinggi serta memberi hasil yang baik untuk keluarga mereka,” katanya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda