Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Perpaduan Menjamin Kesejahteraan Bersama

By 10 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Maherah Marina Mahusin/Zamri Abd Razak (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 10 Feb (Malaysiaaktif) – Perpaduan yang terjalin antara warga berbilang kaum di Malaysia adalah tunjang utama kepada kejayaan Malaysia mempertahankan kemerdekaannya.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, berkata keharmonian dan keunikan di negara kita telah menjadi perhatian serta tumpuan ramai pemimpin antarabangsa, antaranya Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan yang berkunjung ke Malaysia baru-baru ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad ketika berucap merasmikan Sambutan Tahun Baharu Cina di Kampung Tiong, Kuala Terengganu

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad ketika berucap merasmikan Sambutan Tahun Baharu Cina di Kampung Tiong, Kuala Terengganu

“Beliau cukup tertarik dan kagum bagaimana Malaysia mampu mengekalkan keharmonian antara kaum dan membangunkan negara secara bersama walaupun ada banyak kaum dan agama yang berbeza, inilah pencapaian yang telah kita sama-sama zahirkan setelah sekian lama kita merdeka dan perpaduan ini mesti dipertahankan.

“Selain itu, kerajaan memberi fokus kepada Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) dan saya menyeru semua rakyat supaya sama-sama berganding bahu dengan kerajaan bagi merealisasikan objektif WKB 2030,” katanya ketika ditemui sempena Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di Kampung Tiong, di sini baru-baru ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dikerumuni oleh jemputan yang hadir ketika menyampaikan risalah daripada Jabatan Penerangan

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dikerumuni oleh jemputan yang hadir ketika menyampaikan risalah daripada Jabatan Penerangan.

Majlis yang dihadiri kira-kira 2, 000 orang jemputan itu juga telah dimeriahkan dengan letupan mercun dan tarian singa.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad bersama Penolong Pengarah Cawangan Media Siber Negeri Terengganu, Saharrudin Mohamed menyalakan mercun sebagai tanda meraikan Sambutan Tahun Baharu Cina

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad bersama Penolong Pengarah Cawangan Media Siber Negeri Terengganu, Saharrudin Mohamed menyalakan mercun sebagai tanda meraikan Sambutan Tahun Baharu Cina.

Petugas Jabatan Penerangan Daerah Kuala Terengganu mengedarkan risalah mengenai langkah pencegaham coronavirus, e-tunai dan penurunan kadar tol 18%

Petugas Jabatan Penerangan Daerah Kuala Terengganu mengedarkan risalah mengenai langkah pencegaham coronavirus, e-tunai dan penurunan kadar tol 18%

Dalam majlis tersebut Penolong Pengarah Cawangan Media Siber Jabatan Penerangan Terengganu, Saharrudin Mohamed, sempat mengedarkan risalah yang disediakan oleh Jabatan Penerangan Negeri Terengganu berkaitan 2019 n-CoV bagi memastikan masyarakat mengambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah jangkitan virus tersebut.

-ii-

Tinggalkan komen anda