Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

RM100 Janji Dikota, Meringankan Beban

By 24 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/Foto : Mohd Zamri Abdullah (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 24 Feb (Malaysiaaktif) -Seramai 240 orang penerima bantuan awal persekolahan melibatkan para penerima yang terdiri daripada golongan isi rumah yang berpendapatan RM 3000 ke bawah.

Majlis penyampaian bantuan disempurnakan oleh Fauzi Mohamad yang mewakili Pengerusi Lembaga Kemajuan Kemubu (KADA), Datuk Husam Musa di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Kampung Keling (SKKK).

Menurut beliau, bantuan awal persekolahan ini merupakan inisiatif kerajaan dalam meringankan beban ibubapa khususnya mereka yang mempunyai ramai tanggungan.

“Kerajaan telah meluluskan peruntukan yang besar demi membantu rakyat walaupun berhadapan dengan situasi ekonomi yang tidak menentu.

“Kerajaan sentiasa prihatin dengan nasib rakyat dan sentiasa memikirkan pelbagai kaedah dalam usaha membantu rakyat dengan memperkenalkan inisiatif dan program bantuan kepada rakyat seperti MySalam, PeKa B40, e-Tunai, Rebet RM 40 dan sebagainya,” tambahnya lagi.

Salah seorang penerima bantuan awal persekolahan, Mohd Zaki Abdul Rahman, 43, berkata beliau amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan bantuan ini yang mana sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak.

Para penerima bantuan awal persekolahan sedang membuat pendaftaran dengan pihak urusetia

Para penerima bantuan awal persekolahan sedang membuat pendaftaran dengan pihak urusetia

“Saya di antara penerima yang telah beberapa kali menerima bantuan ini dan sudah pasti ianya banyak membantu saya untuk menampung kos perbelanjaan persekolahan,”katanya.

Bagi Zuraidah Mat Jusoh, 38, bantuan awal persekolahan ini adalah inisiatif kerajaan yang sangat bermanfaat untuk rakyat dan menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap golongan berpendapatan rendah.

“Bantuan ini banyak membantu saya sebagai suri rumah dalam menguruskan perbelanjaan anak-anak,”katanya semasa ditemui di program tersebut.

Bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 amat bermakna kepada ibubapa yang berpendapatan rendah dan menunjukkan bahawa kerajaan telah nengotakan janji-janji yang dibuat sebelum ini.

Program bantuan awal persekolahan ini turut dihadiri oleh Wakil Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Keling, Zuhar Hamzah dan Yang Dipertua PIBG, Mohd Asri Zawawi.

-NAZ

Tinggalkan komen anda