Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Sehari Bersama OKU Tingkat Pengetahuan Kesihatan Diri

By 13 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rusmiza Anuar (Dungun)

DUNGUN, 13 Feb (Malaysiaaktif) ā€“ “Menjadi satu cabaran bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk menguruskan kesihatan diri, justeru penganjuran Program Sehari Bersama OKU telah memberi pendedahan kepada pelatih Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dengan amalan gaya hidup sihat,” ujar wakil Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Dungun, Razali Mohd Amin ketika merasmikan penutupan program tersebut di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti, Bukit Besi (PPDK), baru-baru ini.

Jelasnya lagi, golongan ini tidak seharusnya disisihkan kerana penerimaan dan sokongan semua pihak amatlah penting dalam membangunkan potensi mereka untuk melangkah jauh bersama masyarakat di luar sana.

Permainan dam ular mampu meningkatkan daya kreativiti

Permainan dam ular mampu meningkatkan daya kreativiti

“ProgramĀ iniĀ memberi tumpuan kepada PDK Ku Sihat dalam memberi penekanan terhadap pemakanan sihat serta pengurusan penjagaan kesihatan diri pelatih dengan melakukan aktiviti fizikal yang konsisten,” katanya lagi.

Penyelia PPDK Bukit Besi, Nadila Mohamed berkata program yang mendapat kerjasama daripada Klinik Kesihatan Bukit Besi ini telah memberi peluang kepada pelatih untuk menunjukkan bakat dalam penyediaan makanan, dan secara tidak langsung akan memupuk interaksi sosial yang positif bila berhadapan dengan orang ramai.

Pelatih diberikan pendedahan mengenai penjagaan kebersihan mulut dan gigi dengan cara yang betul

Pelatih diberikan pendedahan mengenai penjagaan kebersihan mulut dan gigi dengan cara yang betul

“Ini jelas membuktikan bahawa mereka juga mampu berdikari jika diberi peluang dan boleh mempraktikkannya dalam kehidupan seharian,”Ā katanya.
Program Sehari Bersama OKU juga mendapat reaksi positif dari pelatih dan keluarga yang hadir dengan pelbagai aktiviti menarik diselitkan antaranya senamrobik, pertandingan permainan dam ular, runding cara pemakanan iaitu demonstrasi makanan sihat, penjagaan gigi dan pemeriksaaan kesihatan.

Pelatih turut menjayakan aktiviti senamrobik

Pelatih turut menjayakan aktiviti senamrobik

Turut hadir memeriahkan program tersebut, Timbalan Pengerusi PPDK Bukit Besi, Ruzita Awang, wakil agensi kerajaan dan pemimpin setempat.

-ii-

Tinggalkan komen anda