Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Sidang Dewan Rakyat Khas 2 Mac untuk Pilih PM Baharu – Dr Mahathir

By 28 Februari 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 28 Feb  (Malaysiaaktif) РPersidangan khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 2 Mac bagi menentukan calon yang mendapat majoriti untuk menjadi perdana menteri baharu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana menteri interim itu berkata sekiranya persidangan khas itu gagal mencapai keputusan, pilihan raya mengejut akan diadakan.

“Pilihan raya mengejut akan diadakan sekiranya sesi Parlimen khas 2 Mac ini¬†gagal mencapai majoriti¬†sewajarnya untuk memilih PM,‚ÄĚ katanya pada¬†sidang media selepas mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 di¬† Bangunan Perdana Putra, di sini semalam.

Dr Mahathir ditanya mengenai hasil pertemuan ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong¬†Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada sebelah paginya.

“Sebagaimana yang diketahui, Seri Paduka telah meminta semua Ahli Parlimen memberi kenyataan kerana mereka telah membuat akuan berkanun tetapi baginda tidak pasti jadi baginda mahu mereka membuat kenyataan di hadapan baginda.

“Dan, selama dua hari … hasilnya ialah Seri Paduka mendapati tiada siapa¬†yang mempunyai majoriti ketara¬†dan¬†kerana baginda tidak memperoleh¬†majoriti ketara, Seri Paduka¬†bertitah¬†forum yang tepat ialah Parlimen atau Dewan Rakyat,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda