Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Terus Dekati Masyarakat Demi Sebar Luas Maklumat

By 2 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin (Ipoh)/Sarah Nur Saad (Kinta)

MENGLEMBU, 1 Feb (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan (JaPen) Perak melalui Pejabat Penerangan Daerah Kinta terus bergerak merapati masyarakat setempat demi menyalurkan maklumat yang tepat.

Pegawai Penerangan Daerah Kinta Suriakumar Subramaniam, berkata tanggungjawab ini telah menjadi amanah buat petugas lapangan untuk menyebar luas dasar kerajaan di samping membangkitkan kesedaran berkenaan isu yang berlaku dalam negara.

“Kita mengambil inisiatif untuk memberi penerangan secara bersemuka agar mereka mendapat maklumat yang tepat dan sahih terus daripada kerajaan seterusnya menghindari maklumat palsu daripada pihak tidak bertanggungjawab,” ujarnya ketika mengunjungi Pasar Besar Menglembu sempena program Info on Wheels (IoW), di sini kelmarin.

Suriakumar menambah, edaran bahan bacaan dan penerangan lanjut berkenaan isu hangat yang sedang berlaku sekarang mendapat kerjasama baik daripada para peniaga dan orang awam namun kekangan jenis bahan penerbitan yang terhad dengan pilihan bahasa menjadi cabaran yang perlu dihadapi jabatan.

Petugas turut mengedarkan bahan penerbitan kepada pengunjung Pasar Besar Menglembu.

Petugas turut mengedarkan bahan penerbitan kepada pengunjung Pasar Besar Menglembu.

“Kita amat memerlukan bahan penerbitan yang menepati kehendak pembaca seperti pilihan bahasa yang pelbagai untuk menarik minat masyarakat berbilang kaum,” katanya yang mengharapkan penambahbaikan pada masa akan datang.

Dalam program yang berlangsung, petugas lapangan mendapat kerjasama daripada Komuniti Harapan Malaysia (KHM) Menglembu 1 dan 2 dalam mengedarkan bahan penerbitan jabatan selain hebahan berkenaan wabak Novel Coronavirus (2019-nCoV).

Menurut Pengerusi KHM Menglembu 2, Khairul Nizam Ramli, 45, hebahan mewajibkan penggunaan topeng muka dan sarung tangan perlu dilakukan secara besar-besaran agar orang ramai lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan diri dan orang lain.

“Kita mendapati masih ramai yang mengambil enteng tentang perkara ini dan menjadi tanggungjawab semua pihak untuk mengambil langkah pencegahan ini,” katanya.

Hal ini dipersetujui peniaga, Tan Li Heong, 53, yang berpendapat usaha kerajaan mendekati masyarakat dan memberi kesedaran tentang isu wabak yang tular itu adalah amat baik.

“Sebagai penambahbaikan, pihak berkenaan boleh membuat edaran topeng muka secara percuma untuk menggalakkan orang ramai lebih peka dengan kesihatan diri,” ujarnya.

-SH

Tinggalkan komen anda