Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Berita Helikopter Tentera Khas Sembur Racun Perosak Palsu – Affendi

By 19 Mac 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 19 Mac (Malaysiaaktif) – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM menafikan aset tentera akan digunakan untuk menyembur racun dalam membasmi virus COVID-19.

“Berita yang sedang tular berkaitan “helikopter tentera khas akan menyembur racun perosak terhadap virus Corona di langit seluruh negara…’”, (serta dalam versi Bahasa Inggeris) merupakan berita palsu dan semua pihak diminta berhenti menyebarkannya serta-merta,” katanya menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan petang tadi.

Menurut Affendi biarpun tidak menyatakan dengan jelas helikopter milik perkhidmatan samada Tentera Darat, Laut atau Udara, namun penggunaan perkataan “tentera’’ atau “military” serta hebahan maklumat yang tidak benar boleh mencetuskan suasana panik dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang berita yang boleh mencetuskan kebimbangan, dapatkan maklumat COVID-19 yang sahih daripada talian Hotline Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan sebarang perkembangan terkini juga turut dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Adalah ditegaskan, mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” tambahnya.

Tinggalkan komen anda