Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

HEBHK Hospital COVID-19 Di Johor

By 26 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Shah Hood/MEDKOM (Johor Bahru)

ISKANDAR PUTERI, 26 MAC (Malaysiaaktif) – Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang telah dikenal pasti dan dijadikan sebagai hospital COVID-19 bagi negeri Johor bermula semalam, 25 Mac 2020.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Vidyananthan Ramanadhan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah mengenalpasti Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang sebagai hospital COVID-19 bagi negeri Johor.

“Perkhidmatan lain di HEBHK akan dikurangkan, ditangguhkan, dipindahkan bagi melancarkan pelaksanaannya seperti perkhidmatan rawatan harian (Thalassaemia) yang akan dipindahkan ke hospital berhampiran, perkhidmatan pembedahan elektif dan prosedur rawatan harian juga akan ditangguhkan manakala rawatan pesakit luar dan perkhidmatan klinik pakar akan dipindahkan ke Bangunan Pentadbiran Kolej Kejururawatan Kluang mulai 29 Mac 2020.

“Operasi Klinik selepas waktu pejabat juga akan ditangguhkan dan semua kemasukan pesakit baharu bukan COVID-19 akan dihentikan kecuali kes bersalin kecemasan manakala kes bukan kecemasan boleh mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran,” katanya ketika sidang media Situasi Semasa Kes COVID-19 Negeri Johor.

Tambah beliau, bagi memastikan fungsi baharu HEBHK sebagai hospital COVID-19 berjalan lancar, orang ramai dinasihatkan untuk memberikan kerjasama di mana pelawat tidak dibenarkan melawat sepanjang tempoh pesakit COVID-19 dirawat di hospital ini.

-NI-

Tinggalkan komen anda