
Laporan/ foto: Fitri/Irma Diana/Mohd Khairulnazim/ Nasarudin Manaf (Bera)
BERA, 26 Mac (MalaysiaAktif) – ADUN Guai, Dato’ Sri Norol Azali Sulaiman,
YB ADUN Kemayan, Dato’ Mohd Fadil Osman, dan Pegawai Daerah Bera, Tuan Mohd Khuzaidi Harun telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai kepada pemandu-pemandu teksi dan peniaga pasar karat Daerah Bera.
Seramai 46 orang yang terjejas sumber pendapatan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac hingga 14 April 2020 bagi memutuskan rantaian penularan Virus COVID-19 telah menerima sumbangan tersebut.
Majlis ringkas tersebut diadakan di Perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Bera dengan kerjasama Persatuan Pemandu Teksi dan Persatuan Pasar Karat di daerah ini.
Sumbangan berbentuk barangan keperluan harian seperti beras, tepung gandum, gula minyak masak dan lain-lain serta wang tunai merupakan sumbangan Kerajaan Negeri Pahang dan Menteri Besar Pahang.
Walaupun sumbangan tersebut kecil tetapi ia amat bermakna kepada penerima bagi menampung keperluan harian keluarga semasa tempoh tersebut.
“Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri bagi melanjutkan PKP hingga 14 April 2020 sudah tentu merupakan cabaran yang sangat besar bagi mereka yang bekerja sendiri dan pekerja gaji harian.
Pegawai Daerah Bera, Tuan Mohd Khuzaidi bin Harun turut sama-sama menyampaikan Bantuan Kerajaan Negeri Pahang kepada Pemandu-pemandu Teksi dan dan Peniaga Pasar Karat di Daerah ini.
Menurut salah seorang penerima sumbangan, Khairul (pemandu teksi) beliau begitu bersyukur dengan sumbangan yang diterima dan amat berterima kasih kepada pihak yang memberi sumbangan.
-KN