
PUTRAJAYA, 26 Mac (Malaysiaaktif) – Proses pembersihan dan pencucian nyahcemar untuk mengawal penularan COVID-19 akan dilakukan di premis-premis awam terutama di lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan merah.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara berkenaan diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.
“Proses berkenaan akan dilaksanakan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan kemungkinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekiranya diperlukan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
— BERNAMA