Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahGlobalHome

Sukan Olimpik Tokyo Ditangguh ke 2021

By 25 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan

PUTRAJAYA, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Sukan Olimpik Tokyo 2020 kini secara rasmi ditangguhkan ke tahun depan berikutan pandemik global COVID-19, Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa PenganjurĀ Tokyo 2020 mengesahkan malam tadi.

Keputusan itu dipersetujui selepas mengadakanĀ conference callĀ antara Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan Presiden IOC Thomas Bach hari ini, berdasarkan krisis global semasa dan maklumat yang disediakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

ā€œPresiden IOC dan Perdana Menteri Jepun telah memutuskan bahawa Sukan OlimpikĀ XXXII di Tokyo mesti dijadualkan semula sehingga berakhirnya tahun 2020 tetapi tidak berlanjutan sehingga musim panasĀ 2021, untuk menjaga kesihatan para atlet, semua individuĀ yang terlibat dalam Sukan Olimpik dan komunitiĀ antarabangsa.

ā€œKedua-dua pemimpin bersetuju bahawa obor Sukan Olimpik akan terus berada di Jepun. Turut dipersetujui mengekalkan jenamaĀ sedia ada iaituĀ Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020,ā€ menurut kenyataan bersama IOC dan Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020.

Sukan Olimpik dijadualkan berlangsungĀ dari 24 Julai hingga 9 Ogos manakala Paralimpik bermula 25 Ogos hingga 6 Sept.

Kenyataan itu selanjutnya menyatakan bahawa penyebaran wabak koronavirus yang tidak pernah berlaku dan tidak dijangkaĀ itu, menyaksikan krisis tersebutĀ semakin menular dengan lebih 375,000 kes direkodkan di seluruh dunia iaitu hampir setiap negara.

Ia merupakan penangguhan pertama Sukan Olimpik dalam sejarah 124 tahun penganjurannya, tetapi ia pernah dibatalkan semasa meletusnya Perang Dunia pada tahun 1916, 1940 dan 1944.

Dengan perkembangan terbaharu ini, sistem kelayakan dan kalendar sukan dunia, yang telah pun terjejas oleh wabak COVID-19, dijangka akan melalui perubahan besar.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda