Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

COVID-19: Jumlah Kes Baharu Terkawal, Tiada Peningkatan Mendadak Sepanjang PKP Fasa Tiga

By 24 April 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 24 Apr (Malaysiaaktif) – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyifatkan jumlah kes baharu COVID-19 di negara ini adalah lebih terkawal tanpa sebarang peningkatan mendadak sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga, yang bermula 15 April lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata situasi tersebut membantu KKM mengekalkan kapasiti sama ada di lapangan atau di hospital bagi mengenal pasti, menyaring, mengasingkan dan merawat kes COVID-19.

“KKM menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bagi pelanjutan dua minggu PKP yang akan memberi ruang kepada kerajaan memerangi penularan COVID-19 secara habis-habisan, sebelum dapat dinilai semula tahap keberkesanan serta keadaan semasa jangkitan COVID-19.

“KKM juga dapat meneruskan tindakan sedia ada, serta menggiatkan lagi usaha mengurangkan kes positif COVID-19 di Malaysia melalui pendekatan tertumpu,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

PKP, yang bermula sejak 18 Mac lepas, dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi bermula 29 April hingga 12 Mei.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda