Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

COVID: 31 Kes Positif Direkod, Terendah Sejak PKP Dilaksana – KP Kesihatan

By 29 April 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 29 Apr (Malaysiaaktif) – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengumumkan kes positif COVID-19Ā terendah direkodkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana pada 18 Mac,Ā  dengan 31 kes dilaporĀ sehingga 12 tengah semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini, jumlah kes harian terusĀ menunjukkan trend penurunan dan kadang kala mendatar.

Beliau berkata pencapaian ituĀ hasil daripada tindakan proaktif dan agresif kerajaan dalam aktiviti membendung penularan COVID-19 sepanjang tempoh sebelum dan semasa PKP itu.

ā€œIni dapat memastikan fasiliti KKM dapat menampung bilangan pesakit COVID-19 di Malaysia, termasuk kapasiti Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kapasiti penggunaan mesin bantuan pernafasan di hospital.

ā€œPKP ini jugaĀ membantu mengurangkan interaksi antara ahli masyarakat dan mengurangkan kebolehjangkitan COVID-19,ā€ katanya padaĀ sidang media perkembangan terkini COVID-19 di sini hari ini.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda