Skip to main content
Berita TempatanMANegeri Sembilan

Jalan Menuju Bandar Bahau Ditutup

By 17 April 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Noorezrin Mahmod (Jempol)/IPD Jempol

JEMPOL ,17 Apr (Malaysiaaktif) – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol memaklumkan bahawa penutupan jalan melibatkan laluan Taman Sornam menuju ke Bahau akan dilaksanakan bermula hari ini selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Tiga.

Berikutan penutupan tersebut, pemeriksaan menyeluruh akan dijalankan keatas semua kenderaan dari arah Tampin dan Kuala Pilah yang ingin memasuki Bandar Bahau.

Walaubagaimanapun, bagi mengelakkan kesesakan dan kesulitan, laluan khas disediakan di lorong kiri jalan bagi petugas perkhidmatan perlu dan barisan hadapan yang perlu menjalankan tanggungjawab mereka sepanjang PKP.

Dalam masa yang sama, penutupan jalan sepenuhnya bagi semua kenderaan dari arah Rompin dan Bandar Seri Jempol juga turut dikuatkuasakan bermula Jumaat, kenderaan dari arah Bandar Seri Jempol perlu melalui laluan Serting Tengah manakala kenderaan dari Rompin pula perlu melalui Jalan Bahau – Dangi untuk ke Bandar Bahau.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, Teo Kok Seong, berkata pihaknya bersetuju dengan saranan pihak IPD untuk melaksankan penutupan jalan tersebut.

“Walaupun hal ini akan mendatangkan kerumitan kepada masyarakat tetapi kita perlu akur dan bersabar dalam mematuhi PKP serta memastikan wabak COVID-19 dapat dihentikan,” jelas beliau.

Kok Seong juga berharap agar semua pihak dapat memberikan kerjasama yang baik kepada pasukan keselamatan yang bekerja keras sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

-AK

Tinggalkan komen anda