Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Mayat Kanak-kanak Lelaki Hilang Ketika Mandi Sungai Ditemui

By 26 April 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 26 Apr (Malaysiaaktif) – Mayat seorang kanak-kanak lelaki, yang hilang semasa mandi sungai bersama datuk dan neneknya di Sungai Ngemah, Nanga Jagau, Sarawak, Selasa lepas, ditemukan terapung di tebing sungai kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit, Arrahman Chik berkata, mayat Nekson Dana Raimond, tujuh tahun, ditemui di kawasan Nanga Benuk oleh penduduk kampung yang melalui sungai berkenaan pukul 8.45 pagi.

Berikutan maklumat itu, pihak bomba bersama penduduk kampung bergegas ke lokasi kejadian untuk mengambil mayat itu dan membawanya ke rumah panjang untuk tujuan pengecaman oleh keluarga mangsa.

Beliau berkata, berdasarkan pemeriksaan awal mangsa dipercayai lemas apabila tiada kesan kecederaan pada bahagian badan mangsa dan menolak kemungkinan serangan buaya dan selesai pengecaman, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sebelum kejadian, kanak-kanak lelaki itu dikatakan mandi bersama datuk serta nenek di sungai. Semasa neneknya hendak naik untuk memakai baju, tangan mangsa terlepas dari genggaman dan terus hanyut dibawa arus deras kira-kira pukul 4.30 petang, Selasa lepas.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda