
PUTRAJAYA, 27 Apr (Malaysiaaktif) – SeramaiĀ 1,128 pelajar InstitusiĀ Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan InstitusiĀ Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), akan balik kampung dalam tempoh 24 jamĀ bermula malamĀ ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata daripada jumlah itu seramai 863 pelajar akan dihantar pulang dari zon tengah ke zon utara malam ini, manakala 265 pelajar akan dihantar pulang dari zon utara ke zon tengah pada malam esok.
āProses penghantaran pulang itu melibatkan sembilan universiti, 49 buah bas, ke 17 destinasi.
āBas akan disanitasi tiga jam sebelum bertolak ke destinasi, selain bagasi yang dibawa pelajarĀ terbabit juga akan disanitasi,ā katanya pada sidang media harian mengenai PKP di sini hari ini.
Beliau berkata setibanya pelajar di ādrop-offāĀ pointĀ sekitar pukul 9 pagi esok, hanya seorangĀ ahli keluarga yang mempunyai kenderaan dibenarkan mengambil pelajar tersebut, manakala bagi mereka yang tiada kenderaan, pihak barisan hadapan akan menghantar pelajar terus ke rumah masing-masing.
–BERNAMA