Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Penjawat Awam Ingkar PKP Berisiko Hilang Pencen

By 16 April 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 16 Apr (Malaysiaaktif) – Penjawat awam serta pesara kerajaan berisiko hilang pencen, sekiranya didapati bersalah tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam satu kenyataan hari iniĀ Presiden CuepacsĀ Adnan MatĀ berkata, penjawat awam dan pesara perlu mengetahui bahawa segala keistimewaan yang dinikmati seperti perkhimatan, bayaran gaji, elaun atau wang persaraan, mungkin akan ditarik balik sekiranya didapati bersalah melanggar undang-undang negara.

ā€œPenjawat awam dan pesara perlu menunjukkan contoh terbaik bagi setiapĀ undang-undang yang dikuatkuasakanĀ seperti PKP, di mana arahan yang dikeluarkan sepanjang perintahĀ ini perlu dipatuhi secara keseluruhan, tanpa keraguan dan alasan.

ā€œPematuhanĀ secara keseluruhan terhadap arahan PKP ini, sekurang-kurangnya membantu mengawal pergerakan penduduk di negara, sekiranya mereka sebagai ketua keluarga dapat menjadi mata, telinga dan suara bagi pihak kerajaan, menasihati ahli keluarga masing-masing untuk kekal di rumah.

Adnan berkata, penjawat awam dan pesara merupakan contoh kepada masyarakat, terutama daripada sudut pematuhan undang-undang semasa atau selepas PKP berakhir.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda