Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Atlet Baling Tukul Besi Negara Positif COVID-19

By 16 April 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)/KBS

PUTRAJAYA, 16 Apr (Malaysiaaktif) – Atlet baling tukul besi negara Jackie Wong Siew Cheer, disahkan positif COVID-19 selepas berjangkit dengan bapanya yang kini sedang dirawat di Hospital Sibu, Sarawak.

Menurut Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Jackie yang berumur 27 tahun dan berasal dari Sarawak itu disahkan positif pandemik tersebut pada 16 Mac lalu dan telah menjalani hampir lapan ujian saringan setakat ini.

“Pihak kami pernah berhubung dengan Jackie sebelum ini dan pada ketika itu ujian saringannya disahkan negatif, walau bagaimanapun, pada ujian saringan terbaharu ini, Jackie disahkan positif COVID-19.

“Keadaan Jackie dan bapanya yang kini menjalani rawatan adalah stabil biarpun beliau bimbang penyakit asma yang dihidapnya akan menyebabkan kesihatan beliau terjejas dan lemah untuk melawan wabak COVID-19 tersebut,” katanya ketika bertanya khabar dengan Jackie melalui sidang video, di sini hari ini.

Reezal berharap Jackie dan ayahnya segera sembuh serta dapat kembali kepada keluarga mereka dalam masa terdekat.

Tinggalkan komen anda