Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Penternakan Arnab Membantu Menjana Pendapatan

By 17 April 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman/ Salawaty Mat Shariff (Seberang Perai Utara)

PENAGA, 17 Apr (Malaysiaaktif) – Permintaan tinggi terhadap daging arnab mendorong Mansor Mat, 55 tahun menternak haiwan berkenaan secara komersial di Kampung Permatang Janggus, di sini.

Bermula dengan hanya 13 ekor arnab, kini selepas lima bulan mengusahakannya, dia telah mempunyai 150 ekor arnab dari baka jenis New Zealand White. Sifat arnab yang cepat membiak dan tidak mudah dijangkiti penyakit itu merupakan satu kelebihan dalam proses penjagaannya.

Mansor Mat, 55, menceburi bidang penternakan arnab sejak November tahun lepas.

Mansor Mat, 55, menceburi bidang penternakan arnab sejak November tahun lepas.

Beliau turut mendapat khidmat nasihat selain dari menghadiri kursus penternakan arnab dari segi pengurusan dan suntikan vaksin yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Mansor Mat berkata, harga bagi satu kilogram daging arnab yang telah siap diproses mampu mencecah antara RM35 hingga RM45, iaitu dua kali ganda harganya dari daging lembu tempatan mahupun ayam.

Penternakan arnab secara komersial diusahakan oleh Mansor Mat di Kampung Permatang Janggus, Penaga, Pulau Pinang.

Penternakan arnab secara komersial diusahakan oleh Mansor Mat di Kampung Permatang Janggus, Penaga, Pulau Pinang.

“Arnab yang berusia dua bulan dengan berat sekurang-kurangnya 1.6 kilogram ke atas sudah boleh dijual dan boleh dijadikan induk baka ketika berusia tiga bulan ke atas,” ujar beliau.

“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak COVID-19 dilaksanakan, permintaan daging arnab bertambah dengan permintaan hadir dari pelanggan tempatan serta luar dari Pulau Pinang.

Harga bagi satu kilogram daging arnab yang telah siap diproses mampu mencecah antara RM35 hingga RM45.

Harga bagi satu kilogram daging arnab yang telah siap diproses mampu mencecah antara RM35 hingga RM45.

“Namun kini, permintaan sedikit berkurangan dengan tumpuan lebih diberikan kepada pelanggan di kawasan setempat dan berharap penularan wabak COVID-19 ini dapat dihapuskan,” katanya yang ditemui di kediamannya, di sini baru-baru ini.

-ii-

Tinggalkan komen anda