Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

PKP: Masyarakat Orang Asli Tidak Dipinggir

By 9 April 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Kalaimani Munian (Kampar)

SIMPANG PULAI, 9 Apr (Malaysiaaktif) – Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kinta dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Perak turun padang ke perkampungan Orang Asli menyerahkan bantuan keperluan harian kepada mereka yang terjejas sempena arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikenakan ketika ini.

Menurut Pegawai Daerah dan Tanah (PDT) Kinta Halizah Sipun, penyerahan ini dilakukan bagi membantu meringankan beban yang dihadapi masyarakat Orang Asli di sini.

Sumbangan bantuan diagihkan kepada penduduk kampung.

Sumbangan bantuan diagihkan kepada penduduk kampung.

“Pemberian bantuan ini diharapkan dapat membantu mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup kerana tempoh PKP ini mengehadkan pergerakan mereka untuk keluar membeli barangan dapur.

“Gerakan bantuan ini telah bermula sejak 28 Mac lalu dan tumpuan kita pada hari ini adalah di kawasan Sungai Raia yang terdiri daripada 15 perkampungan,” ujarnya ketika ditemui dalam Program Penyerahan Bantuan Bakul Makanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 kepada Masyarakat Orang Asli di Sinju, di sini hari ini.

Sementara itu, penerima bantuan Alang Tama meluahkan rasa syukur atas pemberian sumbangan tersebut kerana kerajaan tidak meminggirkan masyarakat Orang Asli bahkan membela nasib mereka.

“Dalam menghadapi tempoh PKP ini, ramai dalam kalangan kami yang terjejas sumber pendapatan dan antuan ini sedikit sebanyak membantu kami meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda