Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

2,362 Penuntut IPT Zon Tengah Pulang ke Selatan Tanah Air

By 6 Mei 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 6 Mei (Malaysiaaktif) –Ā Seramai 2,362 penuntut dariĀ tujuh universiti di zon tengah pulang serentakĀ ke beberapa lokasi selatan di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor bermula pukul 10 malam tadi dalam proses yang sekali lagi diuruskan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM).

Menurut satu kenyataan daripada Kementerian Pengajian Tinggi malam ini, universiti awam terlibat itu di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah UPM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), UiTM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Teknologi Malaysia Kuala LumpurĀ  (UTM KL).

ā€œSaya doakan kesemua pelajar selamat dalam perjalanan menaiki 14 buah bas ke 11 lokasi Ibu Pejabat Daerah (IPD) iaitu tiga di Negeri Sembilan, tiga di Melaka dan lima di Johor,ā€Ā Ā kata Menteri Pengajian TinggiĀ DatukĀ Dr. Noraini Ahmad dalam kenyataan itu.

Setibanya penuntutĀ ini ke IPD masing-masing, mereka akan dihantar ke rumah.

Dr Noraini berpuas hati dengan kelancaran proses pada malam ini yang diselaraskan secara keseluruhan oleh UPM.

ā€œTerima kasih kepada usaha Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Setia DatukĀ Dr. Aini Ideris dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman dalam memastikan proses ini berjalan lancar,ā€ katanya.

UPM pada 2 Mei turut menjadi tuan rumah bagi proses perjalanan pulang penuntutĀ Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta zon tengah (Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya) ke beberapa lokasi di zon Perak melibatkan 1,876 pelajar.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda