Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Aplikasi Gerak Malaysia Dimuat Turun 1.3 juta kali, 600,000 Permohonan

By 6 Mei 2020Tiada komen2 minit bacaan

PUTRAJAYA, 6 Mei (Malaysiaaktif) – Aplikasi mudah alih Gerak Malaysia telah dimuat turun sebanyak 1.3 juta kaliĀ denganĀ lebih 600,000 permohonan perjalanan antara negeri telah diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 4 Mei, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

Beliau berkata orang ramai juga dinasihatkan untuk log masuk aplikasi ituĀ pada 4, 5 dan 6 Mei, selain memberikan alamat asal dan alamat destinasi yang hendak dituju.

ā€œMohon kerjasamaĀ tuanĀ dan puan untuk membuat permohonan ini dengan kadar segera bagi membolehkan polis membuat perancangan dan mengatur penugasan bagi memudahkan perjalanan mereka pada 7 hingga 10 Mei ini.

ā€œSebarang maklumat lanjut mengenai aplikasi ini dan permohonan perjalanan antara negeri, orang awam boleh melayariĀ www.gerakmalaysia.gov.my,ā€ katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata kerajaan telah membenarkan pergerakan antara negeri kepada orang awam yang terkandas di kampung.

Huzir menyeru orang ramai supaya membuat permohonan pergerakan menerusiĀ aplikasi Gerak Malaysia sekiranya mereka ingin pulang ke kediaman masing-masing.

Selain itu, beliauĀ berkata, bagi penguna IOS, mereka diminta mendaftar permohonan mulaiĀ 7 Mei,Ā sebelum memulakan perjalanan mengikut jadual yang ditetapkan.

ā€œPermohonan pergerakan antara negeri juga boleh dibuat secara manual iaitu pemohon dikehendakiĀ  memuat turun ā€˜Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari laman Facebook PDRM atau boleh mengisinya di balai polis berhampiran melalui temu janji untuk dapatkan kebenaran ketua balai polis berkenaan,ā€ jelasnya.

Beliau berkata satu sidang media akan diadakan pada pukul 3 petang hari ini mengenai perkembangan pergerakan antara negeri berkenaan.

Ahad lepas, lebihĀ 1.2 juta individu telahĀ memuat turun aplikasi Gerak Malaysia bagi melakukan pergerakan rentas negeri dan daripada jumlah itu sebanyak 503,276 individu telah memohon permit berkenaanĀ sejakĀ 25 April lepas.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda