Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

343 Tangkapan di Selat Melaka Sepanjang Jan-Mei

By 20 Mei 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 20 Mei (Malaysiaaktif) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakukan 343 tangkapan membabitkan pelbagai kesalahan di Selat Melaka sepanjang Januari hingga 15 Mei lepas.

Ketua Pengarahnya Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata sepanjang tempoh itu juga agensi berkenaan melakukan 60,584 pemeriksaan dan 11,585 penggeledahan ke atas kapal yang melalui perairan tersebut.

“Sebahagian besar kes tangkapan melibatkan Akta Perikanan 1985 (174 kes), Akta Imigresen 1959/1963 (47 kes), Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (39 kes) dan diikuti lain-lain akta,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Mengenai prosedur operasi standard penguatkuasaan wabak COVID-19, Mohd Zubil berkata tindakan tegas diambil ke atas bot-bot nelayan asing yang menceroboh, antaranya rampasan peralatan menangkap ikan,  membuang bekalan ais dan air ke laut sebelum mengiring bot terbabit keluar dari sempadan perairan negara.

“Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini, sebanyak 50 bot nelayan asing Vietnam yang menceroboh perairan Terengganu telah dikenakan tindakan tegas,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda