Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Golongan Kurang Bernasib Baik di Dungun Dirai

By 20 Mei 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mahadi Mustafa/Zulkifli Othman (Dungun)

DUNGUN, 20 Mei (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Dungun telah mengambil inisiatif menyantuni anak yatim, ibu tunggal dan warga emas di sekitar Dungun bagi menyampaikan duit raya hasil sumbangan kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Dungun.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Dungun Rusmiza Anuar, Pejabat Penerangan Daerah Dungun telah turun ke segenap pelosok kampung dalam usaha menyebarluas inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Peserta di dedahkan dengan amalan normal baharu dalam mencegah COVID-19

Peserta di dedahkan dengan amalan normal baharu dalam mencegah COVID-19.

“Golongan sasaran pada program ini ialah anak yatim, ibu tunggal dan warga emas yang telah dikenal pasti untuk hadir bersama dalam majlis ringkas aktiviti tazkirah dan juga penerangan kepada orang ramai mengenai amalan norma baharu dalam mencegah Pandemik COVID-19 di Kampung Teluk Bidara.

“Pasukan penerangan daerah Dungun juga sempat mengunjungi beberapa buah kediaman ibu tunggal di sekitar kampung tersebut,” katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

Pejabat Penerangan Daerah Dungun santuni warga ibu tunggal dan yang memerlukan bagi menyampaikan sumbangan dan bubur lambuk.

Rusmiza (kanan) menyantuni ibu tunggal bagi menyampaikan sumbangan.

Menurut peserta program, Kamariah Ali yang merupakan ibu tunggal, berasa cukup bertuah kerana terpilih menjayakan program ini.

“Kebiasaannya, tahun-tahun sebelum ini anak-anak dapat menyertai majlis berbuka puasa anjuran pelbagai pihak, namun tahun ini sedikit berbeza disebabkan wabak COVID-19 belum pulih sepenuhnya,” ujar Kamariah.

Kamariah Ali, merupakan ibu tunggal bersama anaknya hadir menerima sumbangan.

Kamariah Ali (kiri) bersama anaknya menerima sumbangan.

“Kehadiran Pejabat Penerangan Daerah Dungun melalui program ini, menghidupkan suasana Ramadan dan sumbangan yang diberikan amat saya syukuri dan sedikit sebanyak dapat membantu saya bagi persiapan syawal yang bakal nanti tiba tidak lama lagi,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda