Skip to main content
Berita TimurTerengganu

5,200 Kit Aidilfitri Tanda Prihatin Sempena Lebaran

By 31 Mei 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Emylia Lot (Hulu Terengganu)

HULU TERENGGANU, 31 Mei (Malaysiaaktif) – Sebanyak 5, 200 kit Aidilfitri diedarkan kepada warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir, di sini oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Hilmi Harun tampil turun padang dan meninjau masyarakat di kawasan sekitar.

Hilmi menjelaskan sumbangan berkenaan merupakan peruntukan daripada kerajaan negeri Terengganu dan pihaknya telah mengagihkan kit barangan keperluan asas Aidilfitri kepada seluruh ketua isi rumah.

“Sumbangan ini diharapkan dapat meringankan sedikit bebanan ketua keluarga yang terjejas berikutan tempoh PKP yang kini dilanjutkan secara bersyarat (PKPB) sehingga ke hari ini.

ADUN Manir, Hilmi Harun.

ADUN Manir, Hilmi Harun.

“Kesemua pemimpin di daerah ini mempunyai matlamat yang sama iaitu bersatu hati dalam memastikan masyarakat mendapat bantuan dengan kadar segera dan secara menyeluruh,” katanya yang ditemui ketika menyerahkan sumbangan, baru-baru ini.

Salah seorang penerima sumbangan, Ahdat Abd Razak @ Mohamad yang merupakan Ahli Jawatankuasa Majlis Permuafakatan Komuniti Kampung (MPKK), Kampung Parit Che Har, Manir berkata sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berlangsung pelbagai bantuan telah diterima oleh penduduk setempat di DUN Manir, sekaligus telah membantu meringankan beban masyarakat di sini khususnya kepada mereka yang sangat memerlukan.

Ahdat Abd Razak@Mohamad (kanan) ahli MPKK Kampung Parit Che Har menerima sumbangan daripada Mustafa Abdullah.

Ahdat Abd Razak@Mohamad (kanan) ahli MPKK Kampung Parit Che Har menerima sumbangan daripada Mustafa Abdullah.

“Sepanjang PKP dan PKPB ini masyarakat melihat bantuan berkenaan sebagai suatu keperluan yang sangat diperlukan selepas lebih sebulan tidak dapat keluar bekerja dan menjalankan perniagaan seperti kehidupan sebelum ini.

“Terlalu banyak bantuan yang diterima terutamanya bagi golongan B40 dalam membantu meringankan beban masyarakat Islam di sini sepanjang bulan Ramadan dan perayaan Aidilfitri yang disambut pada 24 Mei 2020 yang lalu,” ” katanya ketika menerima sumbangan berkenaan.

Dalam pada itu, wakil MPKK, Kampung Binjai Manis, Manir, Mustafa Abdullah, berkata beliau dan penduduk setempat sangat bersyukur apabila pemimpin di DUN Manir sentiasa peka dan cakna dengan keadaan penduduk sekitar yang sedikit terjejas berikutan penguatkuasaan PKP dan PKPB.

Wakil MPKK, Kampung Binjai Manis, Mustafa Abdullah menyerahkan kit Aidilfitri kepada penerima.

Wakil MPKK, Kampung Binjai Manis, Mustafa Abdullah menyerahkan kit Aidilfitri kepada penerima.

“Sepanjang tempoh PKP yang bermula 18 Mac 2020 yang lalu, pemimpin di sini khususnya di DUN Manir sentiasa turun padang dan memberikan bantuan dalam pelbagai aspek.

“Bukan itu sahaja, sebarang masalah dan kekangan boleh dimajukan terus kepada beliau tanpa banyak birokrasi. Ini secara tidak langsung dapat meringankan beban mereka yang terjejas kerana penguatkuasaan berkenaan,” katanya yang turut menerima sumbangan tersebut.

-ii-

Tinggalkan komen anda