Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

COVID-19: Jumlah Kes Baharu 37, Pulih 31 dan 1 Kematian

By 19 Mei 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 19 Mei (Malaysiaaktif) – Terdapat 37 lagi kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 6,978 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,218 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Ingin dimaklumkan daripada 37 kes baharu yang dilaporkan, dua (2) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 35 kes adalah penularan tempatan di mana 22 kes adalah bukan warganegara Malaysia,” katanya dalam sidang media harian di sini, hari ini.

Selain itu, sebanyak 31 kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan discaj daripada wad direkodkan hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kes pulih daripada wabak itu kini mencapai angka 80.9 peratus, daripada jumlah keseluruhan kes.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj dari wad adalah sebanyak 5,646 kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan satu lagi kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 114 kes atau 1.63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda