Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Diskaun Sewaan di Kompleks Melaka Sentral

By 9 Mei 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salwati Md Zam (Melaka)

MELAKA, 9 Mei (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri telah bersetuju memberikan tawaran diskaun sewaan asas merangkumi lot kedai, gondola, ruang (booth) dan tapak promosi selama tiga bulan iaitu bermula April 2020 sehingga Jun 2020.

Para penyewa hanya perlu membayar caj perkhidmatan bulanan sahaja untuk tempoh diskaun tersebut. Ini mengambil kira masalah yang dihadapi penyewa-penyewa di Kompleks Perniagaan Melaka Sentral yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 hingga 12 Mei 2020 yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Menurut kenyataan media Pejabat Ketua Menteri Melaka, penyewa diberi pengecualian bayaran sewa bagi bulan April 2020, pengurangan sewa 50 peratus bagi bulan Mei 2020 dan pengurangan sewa 30 peratus bagi bulan Jun 2020.

“Semoga rakyat Negeri Melaka dapat bersama-sama menyokong kembali aktiviti perniagaan di Kompleks Melaka Sentral, namun pada masa yang sama harus juga menitikberatkan penjarakkan sosial, pemakaian penutup muka dan mengamalkan kebersihan diri.

“Pemberian diskaun ini dibuat setelah pihak pengurusan Melaka Sentral Sdn Bhd mengambil kira kehilangan pendapatan yang dihadapi oleh peniaga terlibat berikutan arahan penutupan perniagaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bagi membendung penularan COVID-19.”

Sebanyak RM911,986.45 jumlah keseluruhan penguranggan bayaran sewa untuk tempoh tiga bulan tersebut yang ditanggung oleh pihak Melaka Sentral Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka.

Melaka Sentral Sdn Bhd menguruskan secara keseluruahannya 288 unit iaitu meliputi dua bangunan utama iaitu Terminal Melaka Sentral yang menempatkan 218 lot kedai, gondola, booth dan tapak promosi, manakala Medan Selera pula menempatkan 70 lot kedai.

-KN

Tinggalkan komen anda