Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Peniaga Kecil Dibenar Berniaga di Kawasan Rumah

By 9 Mei 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Farah Diana (Melaka)/FB Unit Media MBMB

MELAKA, 9 Mei (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Melaka telah membuat keputusan memberi kelonggaran kebenaran kepada penjaja dan peniaga kecil di Negeri Melaka untuk menjalankan perniagaan yang terhad di kawasan rumah masing-masing sahaja sempena bulan Ramadan.

Perniaga syukur dengan kebenaran berniaga dihadapan rumah.

Perniaga syukur dengan kebenaran berniaga dihadapan rumah.

Menurut kenyataan media Pejabat Ketua Menteri Melaka, keputusan ini dibuat setelah mengambil kira nasib golongan  berpendapatan rendah (B40) yang terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19.

“Bagaimanapun, kelonggaran kebenaran ini masih tertakluk kepada syarat-syarat ketat dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kawasan masing-masing.

“Perlu diingatkan kelonggaran kebenaran yang diberikan ini boleh ditarik balik serta merta jika penjaja dan peniaga tidak mematuhi atau melanggar syarat-syarat ketat dan SOP yang telah ditetapkan.

“Kerajaan Negeri Melaka berharap agar kelonggaran kebenaran yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan penjaja dan peniaga kecil di Melaka memperoleh pendapatan untuk kegunaan bulan Ramadan dan persiapan menyambut Hari Raya Aidlifitri tidak lama lagi,” menurut kenyataan itu.

-KN

Tinggalkan komen anda